MATLAMAT KURIKULUM
Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik adalah untuk membina pemahaman murid tentang
konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mud
ah dan berketrampila
n
mengaplikasikan
pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.
OBJEKTIF KURIKULUM
Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik membolehkan murid:
1.
Memahami da
n mengaplikasi konsep dan kemahiran matematik dalam pelbagai konteks.
2.
Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan
N
ombor dan
O
perasi, Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan Statistik.
3.
Mengenal pasti da
n menggunakan perkaitan dalam idea matematik, di antara bidang matematik dengan bidang lain dan dengan
kehidupan harian.
4.
Berkomunikasi menggunakan idea matematik dengan jelas serta penggunaan simbol dan istilah yang betul.
5.
Menggunakan pengetahuan dan kema
hiran matematik untuk diaplikasi dan membuat penyesuaian kepada pelbagai strategi bagi
menyelesaikan masalah.
6.
Berfikir, menaakul dan membuat penerokaan secara matematik dalam kehidupan seharian.
7.
Menggunakan pelbagai perwakilan untuk menyampaikan idea matem
atik dan perkaitannya.
8.
Menghargai dan menghayati keindahan matematik.
9.
Menggunakan pelbagai peralatan matematik secara efektif termasuk TMK untuk membina kefahaman konsep dan mengaplikasi
ilmu matematik.
No comments:
Post a Comment