Thursday, May 2, 2013

MATEMAGIK

Sesungguhnya banyak magik yang dapat kita perolehi dalam hasil tambah dan tolak atau pendaraban dan pembahagian nombor-nombor tertentu di dalam matematik. Pada kesempatan ini saya ingin mendedahkan suatu rahsia yang terdapat pada nombor 9.
Uniknya nombor 9 ini kerana ia merupakan nombor terakhir sebelum 10 maka akan mencetus beberapa kebetulan apabila melakukan hasil pendaraban kepada nombor 9.
Sebenarnya ada banyak magik yang boleh diaplikasi ke atas nombor 9 ini. tetapi untuk kesempatan yang ada saya akan beri 3 sahaja.
1. Apabila kita lihat kepada sifir 9, setiap nombor yang didarabkan dengan 9 akan memberi jawapan yang apabila ditambahkan kedua nombor pada jawapan tersebut akan memberi jumlah 9.
Contoh:
a) 2 x 9 = 18 (1+8) = 9
b) 3 x 9 = 27 (2+7) = 9
c) 4 x 9 = 36 (3+6) = 9
dan seterusnya…..


2. Sekiranya 2 digit nombor yang sama didarabkan dengan 9, maka jalan penyelesaian paling mudah adalah seperti berikut:
contoh 1:
22 x 9 = ?
buat pendaraban 2×9 dahulu =18
Kemudian selitkan nombor 9 di antara jawapan tadi
Maka 22 x 9 = 198


contoh2:
33 x 9 = ?
(3 x 9 = 27)
Selitkan nombor 9 di antara jawapan tadi

Maka jawapannya 297


contoh 3:
44 x 9 = ?
4 x 9 = 36
Maka Jawapannya 396


Mudah bukan?


3. Kini bagaimana pula sekiranya 3 digit nombor yang sama didarabkan dengan 9?
Contoh1:
222 x 9 =?
Seperti cara yang di atas, kita dapatkan dahulu hasil darab 2 x 9 = 18
Kini, selitkan bukan 9 tetapi 99 diantara jawapan tadi
Maka 222 x 9 = 1998


Contoh 2:
333 x 9 = ?
darabkan 3 x 9 = 27
Selitkan 99 di antara jawapan tadi
Maka 333 x 9 = 2997


Contoh 3:
444 x 9 =?
Rasanya anda tentu sudahpun mendapatkan jawapannya dengan cepat bukan?
Jawapannya 3996
Cuba anda tunjukkan rahsia ini kepada rakan anda, pasti mereka teruja dan akan menganggap anda sebagai genius matematik bukan? Tetapi, katakan kepada mereka inilah MATEMAGIK! :)

No comments:

Post a Comment