Monday, April 1, 2013

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN MATEMATIK


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN


Mata Pelajaran dan kelas    :     Matematik Tahun Dua  Damai
Topik                                    :     Darab
Masa                                    :     60 minit
Standard Kandungan           :     4.1 Menulis ayat matematik bagi operasi darab
                                        Standard pembelajaran       :4.1.iv Menulis ayat matematik darab apabila diberi kumpulan dua- dua , lima-lima , sepuluh-sepuluh dan empat-empat berpandukan
                                                         a)    Objek
                                                         b)    Gambar
                                                   yang sama banyak
Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
Menulis ayat matematik darab apabila diberi kumpulan dua-dua , lima-lima , sepuluh-sepuluh dan empat-empat berpandukan objek dan gambar yang sama banyak

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:
      1) Set induksi-Menyanyi
      2) Mempamerkan gambar yang mengandungi kumpulan dua-dua, ,murid menulis :
          ayat matematik untuk operasi tambah
      3) Guru membimbing murid untuk menuliskan ayat matematik untuk operasi darab
          Contoh:  Operasi tambah    : 2+2+2=6
                         Operasi darab       : 3 x 2 = 6 (tiga dua bersamaan enam)
                                                       (bilangan kumpulan  x bilangan objek)
      4)  Mempamerkan gambar yang mengandungi kumpulan lima-lima, ,murid menulis:
           ayat matematik untuk operasi tambah
      5) Guru membimbing murid untuk menuliskan ayat matematik untuk operasi darab
      6) Menjalankan aktiviti kumpulan dan perbincangan (murid diberi objek maujud  
          yang disusun dalam kumpulan dua-dua dan lima-lima,murid menuliskan ayat  
          matematik  bagi operasi darab )
      7) Penutup- Rumusan( operasi darab= operasi tambah berulang)
                          Lembaran kerja

      Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
·         Nilai murni : bekerjasama

Bahan Bantu Belajar:
Gambar,  pensel warna,radio

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:
Penilaian melalui pemerhatian semasa p&p dan perbincangan.

Refleksi:
5 daripada 36 murid yang belum mencapai objektif pembelajaran akan dibimbing dalam kelas akan datang.